Monday, July 3, 2017

HARI HUJAN- BERWASPADALAH SEMASA MEMANDU/MENUNGGANG MOTOR

Saya terpanggail menulis pasal bahaya menunggang/memandu
semasa hujan apabila terbaca satu cerita tentang seorang
pemuda yang maut ketika menunggang motor barunya
semasa hujan di lokasi yang hampir  di pejabatnya

Walaupun penduduk Negara ini hidup di dalam senario
selalu menempuhi hari hari hujan renyai renyai dan juga
hari hari yang di turuni hujan yang lebat,
yang kita selalu menerima pengalaman ialah basah kuyup
akibat hujan. 

Kalau di luar negara omputih bila berjalan saje
mereka akan bawa payong.  Tengok aje gelagat
'Gentlemen jack' di dalam program WWE.  Ke pentas
wrestling pun 'Gentlemen Jack' akan bawa payung.

Kemalangan

 
Apa yang selalu berlaku semasa hujan ialah kemalangan
kereta -kereta , kereta- motor, atau kereta atau motor
akan terbabas sebab kelicinan akibat hujan tadi.

Saat saat paling bahaya bagi pemandu atau penunggang
motor ialah semasa memandu /menunggang di dalam
senario panas dan kering tetapi di tengah per jalanan  hujan mula turun.  Apabila hujan mula turun minyak di atas jalan akan naik ke atas [air] menyebabkan jalan raya jadi licin.
Hakikat ini mesti difahami dek penunggang dan pemandu.

Di  zaman serba canggih ini jenama kereta /motor mahal 
di lengkapi dengan alat yang bolih menangani masalah
kelicinan ini dengan adanya pengesan ABS [SISTEM
BREK CANGGIH]  dan sistem TCS [TRACTION CONTRO L SYSTEM] yang membuat pemandu/penunggang berupaya untuk pemandu/penunggang
 untuk pandu/tunggang dengan laju di dalam suasana hujan.


Dahulukan Keselamatan

 
Saya merayu agar media selalu peringatkan pemandu/penunggang
uintuk turunkan kelajuan ke separuh Tok mandan guna gear rendah senasa menunggang/memandu
di dalam keadan hujan. Soalan ini mesti dibangkitkan semasa pemandu/penunggang
mengambil periksa untuk lesen memandu/menunggang motor.

Jadi Mat mat yang tunggang kapcai atau pandu kereta
basic seperti SAGA/MYVI janganlah terikut ikut dengan
keupayaan kereta/ motor mahal yang bolih menangani
masalah pandu/menunggang di dalam hujan.


0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home